Wednesday, September 28, 2011

WORDLESS WEDNESDAY [2]

sweet23

Thursday, September 15, 2011

Cara-cara membuat Pasport Antarabangsa


 

Untuk pertama kali membuat passport, da macam rusa masuk kampung da. Ke hulu ke hilir ade je tak kena. Bermula dari IPG, gate tutup. Jadi kami terkurung dalam penjara IPG. . T_T Kul 1 merayu dengan guard baru bole kuar. . sob3 . . 

Pergi amek gmbr kt Foto Wira. . 15 minit siap ye dik. . berbunga hati ini dengar . Perot menyanyi lagu rock dengan konsert siap. . fuhhh. Hari yang panas. . Syok. Da 15 minit terkedek-kedek jalan nak pergi amek gmbr. Tak sabar nak pegi Wisma Persekutuan. . Dan dan sampai sana ade sorang akak cakap " dik.. kite amek gmbr skali lagi ye. td adik pakai tudung putih. Passport A. x bole warna putih kena hitam. kat dalam bilik tu ada tudung itam.. " . Masuk2 tgk tudung makcik ye bg. Waaaa.. !_! Nak wat camane nak tak nak terpaksa la. . akhirnya siap jugak lepas berdiri lebih kurang 10 minit. . hukhuk.

Tayar kereta terus bergolek mencari Wisma Persekutuan. . Tp malang tidak berbau. Wisma Negeri ku sangka wisma Persekutuan. . naseb ade pak guard yang baik hati datang bagitahu. Tq beri much pak guard. ^_^

Da sampai kat Wisma Persekutuan, berhenti la tanya pak guard mana tempat paking kete. . bole pak guard tu tunjuk atas langit. . Wah wah wah pak guard tu wat lawak plak. . . Naseb emosi stabil. . naseb dapat paking dekat dengan pintu masuk. Yuhuuu. berkat kesabaranku & Naemah (bukan nama sebenar) *_*

       > arini banyak berjodoh dengan pak guard. Dari pagi sampai petang. . Di mana-mana sahaja ada pak guard. . ape-ape pon Selamat Bekerja dengan penuh kerajinan dan ketekunan serta keikhlasan Pak Guard. . ~_~

WISMA PERSEKUTUAN
Tingkat 1, Wisma Persekutuan
Jalan Sultan Ismail
20200 Kuala Terengganu

 

SATU PERSATU :

    Makcik pp Boolat.
  1. Pergi kedai gambar. Ambek gambar untuk Passport Antarabangsa 2 keping gambar terbaru berlatar belakang biru muda ( berukuran 3.5 x 5 sm)  *Pakai tudung HITAM. jgn lupa. . .
  2. Pergi ke Jabatan Imigresen Malaysia yang berdekatan. *kalau x tahu pastikan dapatkan info kat mana tempat tu dulu. kalau x anda akan makan buah langsat*
  3. Bawak IC & duit ( RM100 - 2tahun)
  4. Isi borang (mintak kat kaunter)
  5. Siap dalam masa 1jam bekerja. 

Da siap bole da enjoy ke mana-mana negara yang menjadi pilihan hati jantung anda. . . Tidak perlu gusar lagi. . @_@

- tp saya punyer tak siap lagi. Sampai2 kaunter da nak tutup. x dapat proses g. ari ahad baru dapat. . ):


Untuk keterangan lebih jelas. . sila layari :

http://www.imi.gov.my/