Friday, July 1, 2011

PENYAKIT GASTRIK

GASTRIK. satu penyakit yang datang tanpa di pinta dan di duga. sangat tak menyeronoKkan apabila dia datang dan say hi.hi.. :( gastrik akan menyebabkan kepedihan ulu hati kepada penghidapnya. antara punca gastrik ialah pemakanan yang tidak teratur.




Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa yang sudah lemah. Lapisan mukosa (lapisan pertahanan) sebagai pelindung daripada kesan asid hidroklorik.

Tanda-tanda gastrik  
Tanda gastrik mudah dikesan kerana ia menyebabkan ketidakselesaan pada perut. Antara tandanya ialah :

* Sakit perut (pada bahagian atas perut atau abdomen)
* Rasa senak, berangin atau pedih
* Rasa tidak selesa
* Kembung, sendawa berulang kali dan kerap kentut selepas makan
* Rasa mual (loya) dan muntah
* Hilang selera makan
* Berat badan turun (pada peringkat teruk)

Jika sampai peringkat teruk, ulser perut menyebabkan pendarahan dan ia boleh dilihat dalam 2 bentuk iaitu :

* Najis menjadi hitam seperti tar
* Muntah mengandungi darah atau berwarna gelap seperti kopi

Jenis-jenis gastrik 
 
1.Penyakit Gastrik / Gastritis ringan
Inflamasi (pembengkakan) pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.

2.Penyakit Gastrik / Gastritis berat
Berlaku kecederaan (luka) berpanjangan bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.

3.Penyakit Ulser gastrik (peptic ulcer)
Merujuk kepada ulser perut. (Ulser memberi maksud sejenis luka terbuka). Darah boleh dikesan dalam muntah atau najis. Ulser gastrik adalah abang kepada Penyakit gastrik berat.


Cara merawat gastrik

tradisional

1. Susu kambing

Amalkan meminum susu kambing yang baru diperah. Jika sukar untuk mendapatinya, boleh juga amalkan meminum susu kambing yang dijadikan susu tepung. Amalkan meminumnya setiap hari.

2. Daun betik
Ambil sehelai dua daun betik rambai atau akarnya dan rebus. Air rebusan itu diembunkan semalaman dan minum setiap hari sebelum masuk tidur.

3. Akar patawali
Akar patawali juga boleh dijadikan sebagai penawar penyakit gastrik. Caranya ialah dengan merebus akar patawali ini dan minum air rebusannya setiap pagi. Harus diingatkan yang akar patawali adalah sangat pahit.

4. Selaput tunggul
Ambil tujuh helai daun selaput tunggul. Ramaskan daun-daun tersebut dengan sedikit air sehingga menghasilkan air berwarna hijau. Campurkan dengan susu segar dan minum setiap malam.

5. Daun sembong
Ambil daun sembong sebanyak lima helai dan direbus dengan tiga gelas air. Biarkan mendidih sehingga tinggal kira-kira setengah gelas dan campurkan dengan sedikit garam. Amalkan meminumnya setiap pagi sebelum mengambil sarapan pagi.

6. Daun mengkudu
Ambil lima helai daun mengkudu dan rebus. Daun yang sudah direbus itu, boleh lah dimakan dengan kicap.

7. Daun bunga lili
Layurkan daun lili ke atas sapu. Kemudian, sapukan minyak kelapa ke atas daun yang telah layu itu. Ambil sedikit asam jawa dan ramaskan, kemudian tempekkan pada perut, manakala daun bunga lili dijadikan sebagai pembalut.

8. Tempurung kelapa
Tempurung kelapa yang tidak terlalu tua dibakar hingga jadi arang dan dimasukkn ke dalam air secukupnya. Tapiskan dan ambil airnya. Minumlah air tersebut setiap pagi dan petang.

jaga pemakanan anda dan ubah gaya hidup anda. katakan TIDAK pada GASTRIK!!!!

* Amalkan pemakanan sihat dan makan secara teratur (sarapan, makan tengah hari dan malam). Pada bulan puasa, kena bangun sahur dan sebaiknya melewat-lewatkan bersahur

* minum air suam sebelum mengambil makanan berat
* amalkan minum susu. alkali dapat meneutralkan asid ( bila perut da mula pedih)

* Makan sedikit-sedikit tetapi kerap

* Kurangkan makanan berempah, bercili, masam

* Kurangkan minuman mengandungi kafein (kopi, teh dan minuman berkarbonat)

* Ambil susu kerana sifat susu yang beralkali boleh mengurangkan keasidan perut

* Kurangkan pengambilan makanan yang disifatkan berangin. Jenis makanan ini berbeza antara individu dan ubah suai mengikut keperluan masing-masing

* Berhenti merokok dan minum minuman beralkohol

* Hentikan pengambilan ubat tahan sakit





No comments: