Tuesday, December 18, 2012

Di lema memilih hospital bersalin: Putrajaya atau Serdang

Bila da masuk 7 bulan baru kelam kabut fikir tempat bersalin. Ia tak semudah yang di sangka. Pengalaman pertama. Banyak yang tak tahu.. Lain yang di harap lain yang jadi. Tak pe lah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Mula-mula nk bersalin di Pusat Rawatan Az zahra tapi bila tengok kt FB ada yang private dekat hospital gov:Putrajaya. JAdi hati terus jatuh cinta. Sebab lagi selamat private yang kerajaan. Tapi apakan daya, terlewat beberapa hari da tak di terima di sana. Sebab saya nak pakai FPP (full paying patient). Rupanya last pendaftaran adalah bila kandungan 28minggu.. jadi hancur luluh hati ini. T_T

Ni kalau nak tahu tentang lebih lanjut pasal FPP putrajaya.full paying patient putrajaya.
Selain putrajaya, HUKM dan hospital Selayang pun ada FPP. Tapi setiap hospital berbeza prosedurnya. Itu nurse putrajaya yang cakap. Sebab hukm ada bilik 2nd class. Macam putrajaya hanya 1st class je yang ada.

Lepas tu terfikir pilihan hati Az zahra. Memang ye punya harga tok normal rm1275 untuk 2h 1 m. Tapi macam pengalaman kawan saya paling kurang kite kena sediakan 2k. Incase kena masuk awal wad atau terlebih hari ke.. sebagai persediaan. Tapi memandangkan ini anak pertama , jadi pengalaman xde. Kerisauan kalau tetiba ada emergency kena Czer alamak kena bayar 6-8k. Oh my .!!!. mahal tue. Jadi takot nak ambil risiko. Sebab orang cakap kalau ada masalah private akan hantar gov gak. huu ku di lema..

Jadi sekarang ada last option iaitu bersalin je di hospital kerajaan samaada hospital putrajaya,serdang atau kajang. Selepas di fikir , kalau pilih Putrajaya , nurse putrajaya kata walau da di booking awal tp kalau datang masa nak bersalin katil penuh ye akan refer kite ke hospital serdang, kajang atau Hkl. huuu Kan stress bila nak bersalin kena hantar ke sana ke mari. Itu tidak boleh. Jadi untuk keselesaan dan keselamatan saya rase hospital Serdang menjadi pilihan. Kerana selepas walk ini blog-blog semua cakap hospital serdang bagus. Jadi kalau rezeki harap masa tu dapat request 1st class. Amin.... 

No comments: