Monday, June 27, 2011

ALLAH SAYANGKAN KITA

Allah sygkan kita berdua..
Allah sentiasa ada untuk kita berdua..
Allah dekatkn kita bila kita jauh ..
Allah sambungkan kita bila kita hampir putus..
Allah sedarkan kita bila kita hampir lalai..
Allah permudahkan jalan untuk kita bersama..
Allah sayangkan kita berdua. .

Allah hadirkan cinta untuk kita merasa..
Allah tanamkan sabar di hati kita untuk kita kuat..
Allah datangkan dugaan untuk menguji cinta kita..
Allah sayangkan kita..
kita cintai padaNya. insyaallah Dia akan mencintai kita berdua :)

Allah sayangkan kita. . 
Allah sayangkan MOHD HASRIMIZAM & SITI RODHIAH .

Add caption
Allah sayangkan kita.

Saturday, June 18, 2011

KL Gangster vs Nora Elena





ni satu lagi cerita yang aaron aziz berlakon. :D tetiba meminati aaron aziz...selepas tgk nora elena... dalam KL gangster aaron aziz seorang gangster yang da bertaubat. tapi dalam nora elena aaron aziz jadi suami yang sweet3 sgt. ramai tangkap cintan dengan aaron aziz lepas tengok nora elena..:)
ramai cakap KL gangster ni ebuah cerita yang menarik.
ni trailer KL gangster. ni je mampu tgk skrg ni.....



Dr ganas jadi romantik..!!!!




semua orang demam nora elena. sana sini bercerita pasal cerita ni. kalau tak sempat nak tengok live kat tv3, mula la terjah www.tonton.com.my     hoho kat sini bez sebab dapat tengok nora elena dari episod 1 .. tak perlu risau kalau ketinggalan ;)

lagu faveret tok cerita nora elena..

Thursday, June 16, 2011

CIKGU + ANAK MURID + IBU BAPA

myMetro | Bapa acu pistol marah cikgu denda anak

http://www.hmetro.com.my/articles/Bapaacupistolmarahcikgudendaanak/Article

apa nak jadi zaman sekarang.. macam mana cikgu nak mendidik dengan tulus dan ikhlas...? klau kita denda sikit pon da macam ni. x masuk lg kes saman menyaman. datang serang kat sekolah. hantar surat kat GB.... huh.
anak dieorg yang wat hal xkan cikgu nak tengok jer..
sian CIKGU.... :(
mak ayah patot memahami betapa murni nya niat cikgu nak mendidik anak mereka..
Profesion Perguruan begitu mencabar pada zaman sekarang ...
chaiyok3 tok semua guru n bakal guru.
TABAH.USAHA.BERDEDIKASI.IKHLAS

Wednesday, June 15, 2011

FADILAT bulan REJAB

Sabda Nabi s.a.w.:
  • Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.
  • Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.
Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya. 

Berkata Saidina Ali:

* Puasa Rejab 13 hari seperti puasa tiga ribu tahun.
* Puasa Rejab 14 hari seperti puasa sepuluh ribu tahun.
* Puasa Rejab 15 hari seperti puasa seratus ribu tahun. 

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

* Diampunkan dosanya yang lalu.
* Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
* Terlepas dari dahaga di hari kiamat. 

Rejab bulan Allah,  Rejab adalah bulan menabur benih, Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Rejab adalah bulan taubat, Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, 

DOA BULAN REJAB:

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah."

Selangkah menuju . .

assalamualaikum .. :D lame x ngokngek godek2 menulis kt sini... yuhuu

cuti.cuti.cuti.  menjadi penunggu setia rumah. sperti biase... huk3

TP ni cuti yg bez... g kawan tunang. kawan kawen. kenduri3. n kenduri sya juak..
alhamdulillah..bersyukur padaNya kerana apa yang d rncang berjalan ngan baek skali.. n sgt teruja tok itu.
mengdoakan smga perjalan seterusnya di permudahkanNya. AMIN...

big Thanx to waida & aimi sbb dtg d saat2 akhir.  . ngeh3 arigatooo sebab kongsi saya punyer nervous n kekalutan sampai korang pon turut berlapar bersama.


ENJOY DA PIC ('0')

kenduri kawen Pn.Azie :D

my x rumate engagement ; najah    (kredic to fathiah farid.) i curik ur pic.




majlis saya : merisik -- bertunang <3

beramah mesra. <3









itu aja untuk kali ini. adiosamigos ....