Thursday, December 20, 2012

Krim selsema&resdung DrSneez

 Tidak perlu gusar lagi..Dengan DrSneez tidur malam lebih lena tanpa gangguan selsema. Hari anda pasti ceria . Sesuai untuk semua golongan UMUR. 







Produk 100% halal. Tanpa bahan KIMIA.




Tidur anda pasti lena jika si kecil tidur tanpa gangguan selsema. Hanya sapuan nipis dapat menolong anak anda tidur dengan lena. 




Sebarang pertanyaan bole sms ke 013 3871203
 Testimoni2. 








Tuesday, December 18, 2012

Di lema memilih hospital bersalin: Putrajaya atau Serdang

Bila da masuk 7 bulan baru kelam kabut fikir tempat bersalin. Ia tak semudah yang di sangka. Pengalaman pertama. Banyak yang tak tahu.. Lain yang di harap lain yang jadi. Tak pe lah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Mula-mula nk bersalin di Pusat Rawatan Az zahra tapi bila tengok kt FB ada yang private dekat hospital gov:Putrajaya. JAdi hati terus jatuh cinta. Sebab lagi selamat private yang kerajaan. Tapi apakan daya, terlewat beberapa hari da tak di terima di sana. Sebab saya nak pakai FPP (full paying patient). Rupanya last pendaftaran adalah bila kandungan 28minggu.. jadi hancur luluh hati ini. T_T

Ni kalau nak tahu tentang lebih lanjut pasal FPP putrajaya.full paying patient putrajaya.
Selain putrajaya, HUKM dan hospital Selayang pun ada FPP. Tapi setiap hospital berbeza prosedurnya. Itu nurse putrajaya yang cakap. Sebab hukm ada bilik 2nd class. Macam putrajaya hanya 1st class je yang ada.

Lepas tu terfikir pilihan hati Az zahra. Memang ye punya harga tok normal rm1275 untuk 2h 1 m. Tapi macam pengalaman kawan saya paling kurang kite kena sediakan 2k. Incase kena masuk awal wad atau terlebih hari ke.. sebagai persediaan. Tapi memandangkan ini anak pertama , jadi pengalaman xde. Kerisauan kalau tetiba ada emergency kena Czer alamak kena bayar 6-8k. Oh my .!!!. mahal tue. Jadi takot nak ambil risiko. Sebab orang cakap kalau ada masalah private akan hantar gov gak. huu ku di lema..

Jadi sekarang ada last option iaitu bersalin je di hospital kerajaan samaada hospital putrajaya,serdang atau kajang. Selepas di fikir , kalau pilih Putrajaya , nurse putrajaya kata walau da di booking awal tp kalau datang masa nak bersalin katil penuh ye akan refer kite ke hospital serdang, kajang atau Hkl. huuu Kan stress bila nak bersalin kena hantar ke sana ke mari. Itu tidak boleh. Jadi untuk keselesaan dan keselamatan saya rase hospital Serdang menjadi pilihan. Kerana selepas walk ini blog-blog semua cakap hospital serdang bagus. Jadi kalau rezeki harap masa tu dapat request 1st class. Amin.... 

Saturday, December 15, 2012

Set bersalin : yang mana satu pilihan kalbu.?

Da masuk 7bulan , sekarang terkedek-kedek survey set bersalin plak. . macam-macam set bersalin di pasaran. Ada yang moden dan ade juga yang tradisional. Hati ini lebih memilih yang tradisional. huhuhu jiwa kampung masih kuat walaupun akan berpantang di bandar. huk. Dalam survey-survey ade tanya pendapat dari fb: Persatuan-Ibu-Ibu-Comel-Mengandung dan memang banyak pendapat dari ibu-ibu yang da berpengalaman. Ada yang suggest set tanamera, Nr, ST, Shaklee dan macam-macam lagi. Jadi dari situ dapat la idea apa jenis set bersalin. Mengisi masa kosong tika cuti sekolah, suami bekerja jadi kite pun mula membuat research tak bertauliah dan akhirnya dapat la hasilnya dan set bersalin pilihan hati di temui jua. :)
SET TANAMERA pilihan kalbu. yuhuuu.

okies serba sedikit tentang set bersalin yang telah di selidik.

SET TANAMERA POSTNATAL


Set ini mengandungi 11 produk iaitu:
1.Minyak Kelapa Dara x 2
2.Sabun Scrub 
3.Herba Pembersih Wanita
4.Herba Mandian
5.Minyak Urut Herba
6.Tapel
7.Bengkung
8.Pilis
9.Teh Herba
10.Lulur Badan Herba
11.Air Bunga Lavender




set tanamera ini sangat menarik kerana mommy to be da bole mula guna beberapa produk dalam set itu semenjak 30w. Seperti minyak kelapa dara yang saya baca testimoni pengguna tanamera mereka sapukan minyak ini di bahagian faraj dan diminum sebagai selusuh serta disapu pada perot bagi mengelakkan strecth mark. Selain itu sabun scrub , herba pembersih wanita dan minyak urut herba juga bole di gunakan sebelum bersalin. Jadi untung la 2 in 1. Set ini juga mesra alam sebab 100% dari herba. Suke sangatttt!!! tapi ianya tak da jamu yang bole di makan lepas bersalin. huuu

Harga 1 set ni Rm360 sm/ 380 sbh sawak.  Bole baca lebih lanjut di website tanamerapostnatal & juga fb nya: TanameraPostnatal.

SET NONA ROGUY

Bagi set bersalin NR ini pula mengandungi 6 produk.
1. PhytoNatal - dalam bentuk tablet untuk dimakan
2.Akar Herbanika - dalam bentuk paket dan perlu dicampur air untuk diminum
3.Minyak Herbanika - minyak sapuan pada perot, pinggang dan badan
4.Uncang Cuci Herbanika - Untuk jagaan kebersihan dan kesegaran wanita
5.Herbanika barut- sapuan pada perut dan pinggang
6.Herbanika Luhur - menyental kulit

Set ini pon agak menarik sebab sepertinya semua lengkap untuk luar dan dalam. Yang menarik hati sebab set ini ada jamu makan. hee  Harga 1 set rm365   

Kalau nak tahu lebih mendalam bole baca kat sini Nona Roguy

SET BERSALIN SHAKLEE

set bersalin shaklee ini bagi saya moden sebab x ada jamu, bekung, lulur dll. hee Tapi bila tengok testimoni ramai yang berpuas hati bila guna set ini. Sebab dieorang cakap set ini membuatkan dieorang cergas dan kurangkan sembelit(paling di takuti) dan juga membanyakkan susu ibu. Jadi ianya agak menarik dan bagi siapa-siapa tak suka makan jamu dan berpantang bagai memakai pilis bole la cuba set ini.

Set ini terdiri daripada 4 jenis produk:
1. vit B complex dengan asid folik
2.vitalea/multivitamn dengan zat besi
3.vit c
4. Zink

harga x sempat survey. hee tapi apa-apa bole rujuk di shaklee - mommyiskandar

owh masih banyak lagi set bersalin. tapi tangan da penat nak menaip. Kalau rajin masuk je website-website di bawah ni. Macam-macam lagi pilihan seperti set salindah, afiat, Orang kampung, Ibu halimah dll. Boleh terus mencari yang mana pilihan hati . Semoga sesi berpantang akan berjalan lancar. IBU sihat BABY senyum.




Friday, December 14, 2012

Popia rangup ngup ngup

 mengidam makan popia jd kite wat popia sendiri .  :)
dapat makan banyak2. . wuhuu padahal kena diet sebab berat naik 4.5kg dalam 1 bulan. owh my baby kamu berkembang dengan baik sekali. <3

okies resepi popia selera sendiri.

bahan-bahan inti:

isi ayam (dicincang halus)
tauhu (dicincang halus)
bawang merah dan bawang putih (dipotong dadu)
taugeh
lobak merah (dipotong halus dan panjang2)
sengkuang (dipotong halus dan panjang2)
garam
lada hitam



cara-cara:

1.tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau.
2.masukkan isi ayam. sampai masak.
3.masukkan lobak merah,sengkuang, dan taugeh.
4.akhir sekali masukkan tauhu dan perasa (garam , lada hitam)
5.siap inti.
6.guna kulit popia, bungkus inti.

* kulit popia di gam guna air supaya tak terbuka semasa menggoreng.

popia in da house



Thursday, December 6, 2012

jemput jemput durian

sempena musim durian kali ni, pergi mana pon nampak durian sampai mata pon da naik juli g maka terhasil la jemput-jemput durian. . lagi pon memang meng idam nak makan..:)
cara nya sama mcm nak buat jemput-jemput pisang..



bahan-bahan:
tepung gandum
isi durian
tepung naik sendri -2sudu besar
gula
air jika perlu

cara-cara:
1.masukkan isi durian,tepung gandum,tepung naik sendiri,gula,garam.
2.sebatikan ia. kalau rasemterlebih gandum masukan air.
3.biarkan seketika dalam 3minit.
4.sedia digoreng.

*tepung gandum dan isi durian sama banyak.