Monday, August 29, 2011

6 Kebaikan mandi sebelum subuh

 Kajian sains menunjukkan kandungan gas ozon pada waktu pagi lbih tinggi dari waktu lain. oleh itu, gas ozon ini juga amat penting bagi tubuh badan. jika mandi sebelum waktu subuh , ia bukan sahaja menyihatkan tubuh badan namun memberikan kesegaran kepada tubuh badan.


1. Kulit lebih lembut dan halus
    - mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan bawah mata. kuku juga akan lagi cantik dan menjadi sihat,kuat dan tidak mudah retak. kulit akan lebih halus dan lembut.

2.Melancarkan peredaran darah
   -  peredarah darah yang lancar akan mebuatkan diri lebih sihat dan bertenaga.

3.Meningkatkan kesuburan
    - kesihatan tubuh badan akan mendapat reaksi +ve apabila mandi di pagi hari. ini dapat meningkatkan hormon testosterone lelaki dan hormon estrogen pada wanita

4.Mengurangkan risiko darah tinggi
   - jika slalu di amalkan InsyaAllah penyakit dapat dipulihkan

5.Mengurangkan tekanan seerta tenang
   - bagi orang yang depresi ini adalah cara mengubatinya.

6.Meningkatkan sel darah putih.
   - mandi dengan air sejuk akan meningkatkan sel darah putih di dalam badan. apabila sel semakin bertambah maka daya tahan tubuh makin kuat. oleh itu susah di jangkiti penykit.

*sumber : Dara sept.2011

Saturday, August 20, 2011

Melewati 10 ramadhan terakhir . .
Sedih nak tinggalkan bulan ramadhan. .
Semoga berjumpa lagi ramadhan tahun 2012 1433H . .

1433H ; berpuasa bersma Mohd HasriMizam. <3

Thursday, August 18, 2011

Demi tunang a.k.a bakal suami tersyg & terchenta yang sangat suka n tangkap leleh dengan asam pedas melaka, jadi tunangmu yang makin belajar rajin ini terus mengodek mencari resepi Asam Pedas Melaka.
Anang ngirau . . walaupun x sesedap yang mak masak tapi bulat tetap mencuba sehabis baek boz besar ;)

Esok nak cuba resepi ini.

ASAM PEDAS MELAKA

Ikan (yang enak untuk masak asam pedas)

*Bahan Kisar
  • 3 bji bawang merah
  • 10 tangkai cili kering
  • 1/2 in halia
  • 1 sudu teh jintan manis & putih
  • 2 ulas bawang putih
*Bahan Tumis
  • 1/2 bawang besar - hiris
  • 1/4 sudu teh halba
  • 2 tangkai daun kari
air asam jawa secukupnya
air
tomato - potong 4
bendi
1 serai - ketuk
1/2 bunga kantan / daun kesum
minyak masak
garam & gula sesuka hati

*CARA Masak
  1. panaskan minyak. 
  2. tumis bahan yang perlu ditumis. (sehingga naik bau menusuk hidung)
  3. masukkan bahan kisar ( biarkan sampai pecah minyak)
  4. masukkan air asam jawa & air. 
  5. biarkan ia mendidih.
  6. masukkan ikan. tomato.bendi.serai n bahan2 lain.
  7. garam gula.
  8. siap di hidang.
~ketidaksabaran mok mencuba resepi ini. dengan usaha yang penuh tekad & bercampur kasih sayang yang tinggi bersalut cinta di hati semoga asam pedas ini enak shgga menjilat pinggan.

Monday, August 15, 2011

Mari kelaka bahasa sarawak

saya - kamek
kamu - kitak
dia - nya
mereka - sidak
kenapa - kenak
macam - kedak
beritahu - padah
cakap- kelaka
buat-polah
sombong -lawa
dulu-lok
jangan - iboh
tak- sik
juga-juak
disana-sinun
sekarang-kinektok
sedap-nyaman
ya-itu
nanti-kelak




Ani suka ngajok kelaka bapaknya
- Ani suka mengajuk percakapan bapanya.

kenak nya jadi kedap ya?
- kenapa dia jadi macam tu?

Friday, August 12, 2011

Khasiat Kurma


                        Kurma adalah buah yang tumbuh dari pohon palem keluarga Arecaceae dari genus phoenix.  Nama ilmiah kurma adalah dactylifera phoenix. Kurma diyakini berasal dari tanah di sekitar tepi sungai Nil dan Efrat.


"Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
(Surah Maryam : 25)

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. 

Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. 
Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.

Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
(Hadis riwayat Ahmad)

Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.

Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :

Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.

Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.