SOLAT tahajjud ialah ibadah yang kita lakukan pada malam hari, biasanya tengah malam atau lewat tengah malam. Solat tahajjud juga dikenali juga sabagai shalatulail. Solat ini sangat baik dilakukan terutama kepada para pemimpin Islam kerana Rasulullah S.A.W dan para sahabat r.a tidak meninggalkan solat ini sepanjang hayat mereka, sebagai ibadah tambahan.
- Hadith :Jibril a.s.
telah datang
kepada nabi s.a.w dan berkata kepada baginda:"Wahai Muhammad hiduplah
selama mana yang engkau suka namun engkau akan mati, cintailah siapa
yang engkau suka namun engkau pasti akan berpisah meninggalkannya dan
lakukanlah apa yang engkau suka, engkau pasti mendapat balasannya. Dan
kemuliaan orang mukmin terletak pada solat tahajjudnya dan
ketinggiannya pada ia tidak berharap apa-apa dari manusia."
- Nabi s.a.w : "2 rakaa't solat tahajjud itu lebih baik dari dunia dan seisinya, kalaulah tidak kerana takutnya aku ia akan menyusahkan umatku pastilah ku fardhukan ia".
- Solat tahajjud juga merupakan penghampiran kepada Allah s.w.t dan mencegah diri dari melakukan perbuatan keji dan mungkar.
- Dan pada bahagian 1/3 akhir malam Allah s.w.t turun kelangit bumi kemudian memanggil: " Adakah terdapat orang yang memohon ampun? maka ku ampunkannya.Adakah terdapat orang yang meminta? maka ku berikannya.Adakah ada yang meminta petunjuk ? maka ku berikan ia petunjuk. Adakah terdapat orang yang meminta syurga maka ku jadikan ia berhak mendapatkannya.Adakah terdapat yang memohon perlindungan dari neraka ? maka ku lindungi ia dari neraka."
- Waktu tahajjud adalah waktu yang teristemewa untuk penerimaan doa. CARA-CARA SOLAT TAHAJUD
Lafaz Niat Solat Hajat :ُاصَلِّي سُنَّة التَهَجُّد رَكعَتَينِ ِللهِ تَعَالَيMaksudnya : Sahaja aku Solat Sunat tahjjud dua rakaat kerana Allah Taala1. Pada Rakaat Pertama setelah takbiratulihram :a. Baca doa iftitahb. Baca Al Fatihahc. Baca Surah Al Kafirun 1 kali atau mana-mana surahd. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasa2. Pada Rakaat Keduaa. Baca Al Fatihahb. Baca Surah Al Ikhlasc. Melakukan rukuk, iktidal & sujud seperti biasad. Membaca Tahiyat Akhir3. Memberi Salam4. Berdoa selepas memberi salam :a. Mulai doa dengan lafaz memuji Allah S.W.T. & bersalawat kepada nabi S.A.W.b. Setelah itu pohonlah hajat kepada Allah mengikut keinginan masing-masing seperti memohon kejayaan cemerlang dalam peperiksaan, Dijauhkan dari maksiat dllHIKMAH SOLAT SUNAT TAHAJUD
- melahirkan rasa seronok beribadat
- Allah mudahkan urusan hidup
- menerima buku catatan amalan dengan tangan kanan
- permudahkan hisab dan senang melalui titian sirat
- terhindar daripada kebinasaan & gangguan syaitan
- berwajah bersih dan bersinar ketika dibangkitkan di padang mashyar kelak.
1 comment:
ooo... macam tu ke...thanks..hehhe
Post a Comment